Sunday, August 7, 2011

Produk enam premis halal

Pemeriksaan penguat kuasa KPDNKK mendapati mereka tidak guna ‘Golden Churn’

KUCHING: Sebanyak enam premis membuat kek iaitu Mira Cake House, Dayang Salhah Enterprise, Afifi Kek Lapis Sarawak, Norjas Bakery, Rabiah Amit dan Di Wannie Cake House adalah halal untuk pengguna Islam setelah diperiksa oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak.

Pengarahnya Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, empat pasukan dibentuk dan diarah untuk membuat pemeriksaan serta pemantauan di kedai dan kilang tersebut ekoran pengumuman pengharaman ‘Golden Churn’ oleh Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini.

“Pada masa ini, enam kedai kek lapis termasuk premis kilang telah kami periksa dan mereka tidak menggunakan ‘Golden Churn’ untuk membuat kek lapis.

“Malah ada di kalangan pengusaha yang pernah menggunakannya telah pun membersih peralatan dan perkakas mereka menerusi kaedah Islam iaitu samak supaya tidak timbul keraguan mengenai status halal produk yang dihasilkan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Jalan Tun Jugah di sini semalam.

Jelasnya lagi, kesemua premis tersebut menggunakan bahan lain seperti ‘Bakels Butter’, marjerin Orchid, Butter Lite, susu F&N, tepung gandum Cap Tangan, Gula Tebu dan Tepung Jagung.

Tambahnya, pemeriksaan dan pemantauan dilakukan ekoran pengumuman Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman yang mengesahkan mentega ‘Golden Churn’ mengandungi DNA babi.

“Kami memberitahu perkara ini supaya pengguna Islam tidak ragu lagi terhadap pengusaha kek lapis di premis ini.

“Mereka (pengguna) kini boleh mendapatkan kek lapis untuk Hari Raya Aidilfitri di premis-premis yang telah kami periksa ini,” katanya.

Pada masa yang sama beliau menyeru kepada pengusaha kek lapis yang tidak menggunakan mentega ‘Golden Churn’ sebagai bahan membuat kek lapis dan belum mendapatkan tanda halal agar memohon dengan segera di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna Islam.

Selain itu, Wan Uzir turut memuji pembekal dan penjual mentega ‘Golden Churn’ di pasar raya dengan tindakan mengasingkan mentega tersebut di tempat tidak halal.

“Saya puji kerjasama peniaga di pasar raya di seluruh Sarawak dengan tindakan yang cepat diambil untuk mengasingkan mentega itu ke bahagian tidak halal.

“Pembekal mentega ‘Golden Churn’ bagi Sarawak juga telah memaklumkan untuk mengambil tindakan terhadap produk itu dan syarikatnya akan membuat pelekat khas untuk ditampal pada logo halal mentega itu bagi menunjukkan ia tidak halal,” ujarnya.

7 comments:

  1. tapi kenapa dalam gambar2 kat blog nie banyak terdapat butter yang haram itu??? saya agak mushkil.. diharap dapat beri penjelasan kerana saya membeli kek dari kedai ini dan menjualnya kepada kawan2...

    ReplyDelete
  2. setuju dengan Zek,kenapa background belog ini memaparkan kek beserta mentega ituuuuuu?

    ReplyDelete
  3. yup, kamek setuju ngan komen sidak kat atas. gambar2 background ya sila lah remove secepat mungkin supaya sekda kekeliruan. madah sik makei, tapi kenak ada gambar? ambik gambar baru la ok, without the butter :)

    ReplyDelete
  4. Akan d remove... thanks for teguran...

    ReplyDelete
  5. I love your cakes so much:) Recently beli sangat banyak since first time ke Kuching jalan-jalan. :)

    ReplyDelete
  6. Mira kek guna golden churn ke dulu.. if yes, then kilang dah SAMAK tak? Golden churn dulu tak ada sijil halal kan.

    ReplyDelete